keliru bila perlu memohon pengkelasan produk?

Dine with Us

Bila usahawan menghadapi ‘5 Masalah Besar’ di bawah, digalakkan memohon pengkelasan produk.


1.Pelanggan asyik minta no kelulusan produk kkm.

2.Produk tersangkut kat kastam.

3.Tak dapat jual produk kat farmasI.

4.Iklan Billboard, TV & media sosial di’banned’.

5.Produk dirampas oleh pihak penguatkuasa kerana tidak berdaftar.

4 punca ‘5 Masalah Besar’


Tidak tahu mohon pengkelasan

  • Tidak faham cara & startegi dari segi pemilihan nama produk, bahan & tuntutan produk ketika memohon pengkelasan makanan.

Keliru dengan kategori produk.

  • Selalu menganggap produk mereka adalah kategori FDI, kategori tidak perlu berdaftar. FDI adalah bukan produk kategori

Tidak dapat nasihat dari pakar

  • Sering ditipu oleh agent palsu atau scammer daftar produk KKM. Bukan sahaja salah bagi info malah wang pun lesap

Tidak tahu perundangan

  • Buta undang-undang menyebakan ramai usahawan dikenakan denda kerana melanggar akta perundangan.

Macam mana ya nak buktikan orang diluar sana bahawa produk yang anda jual adalah produk makanan yang tak perlu berdaftar?


Produk macam ubat tapi rupanya makanan. Makanan tak perlu daftar, maka tiada sijil kelulusan produk diperlukan. Tapi pelanggan & autoriti tetap salah faham & minta sijil ini.


Okay teruskan membaca & fahamkan ini dahulu.


Hand-Painted Elegant Muted Watercolor Swashes

Adakah produk yang anda jual dikira

Food Drug Interphase (FDI)?


FDI adalah produk yang terdiri dari makanan yang ada ciri khas yang mempunyai vitamin, mineral, enzim yang diekstrak dari haiwan & tumbuhan.


Kebanyakkan produk ini tak ditakrifkan dengan jelas sebagai ’makanan’ atau ’ubat’ tapi masih bebas menjual di pasaran.


FDI adalah makanan biasa yang telah diubahsuai untuk tujuan penjagaan kesihatan dari penyakit serta merawat penyakit. Maka wujudlah pertindihan statu samaada kawalan NPRA & BKKM.

Memohon Pengkelasan Produk adalah solusinya. Dengan adanya surat ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan ‘5 Masalah Besar’ di atas.

Brush Stroke Element

Hati-hati ya!

Kini penguatkuasa KKM aktif memantau & mengawal iklan produk makanan, ubat, produk kesihatan terutama sekali di sosial media & oaoan pengiklanan.

Kerana terdapat banyak iklan-iklan yang mengelirukan pengguna. Terdapat penjual ubat atau produk kesihatan yang overclaim yang tak diluluskan untuk menarik pembeli membeli produk.


Apa yang saya ceritakan ini berdasarkan pengalaman kami bantu beribu pemilik bisnes yang buntu memulakan perniagaan bidang produk makanan tambahan .


Ramai usahawan keliru tujuan nak pohon pengkelasan produk ini. Usahawan perlu faham macam mana produk jatuh dalam kategori produk kena daftar atau tak perlu daftar.


Bagaima kami semak & buktikan produk FDI anda adalah makanan?

Formulasi Produk

Jika nak buktikan produk anda jual ini adalah makanan, pastikan bahan anda tidak tersenarai dalam negatve list of food. Jika ada walaupun sikit je, automatik produk tu kena berdaftar dengan NPRA, dah kategori ubat. Walaupun hanya untuk makan & minum.


Sebagai contoh, air gamat, ikut pemahaman kita kategori minuman bukan. Tapi gamat ini ada dalam Negative list of food. Maka wajib daftar dengan NPRA sebelum beriklan.


Tuntutan Produk

Adakah produk dijual untuk tujuan perubatan, atau adakah label/pembungkusan produk mengandungi sebarang pernyataan yang menunjukkan atau membayangkan sebarang tujuan perubatan.


Kawalan berat badan, untuk manfaat kesihatan organ/sistem manusia tertentu, seperti gastro-usus dan/atau otak? Jika ya, produk anda kena daftar sebagai ubat.


Pembungkusan

Produk

Adakah karya seni label produk membayangkan sebarang tujuan perubatan dan/atau dibungkus dalam sebarang bentuk pembungkusan yang menyerupai pembungkusan produk ubat?


Packaging produk dalam blister pack, ada pulak tu yang dalam bentuk kapsul, tablet, softgel, berserta arahan berapa dos perlu ambil. Bila ada ciri-ciri ini, terus daftar sebagai ubat. Okay?


Kami telah berjaya membuktikan makanan kesihatan klien kami bukan produk perlu berdaftar

Antaranya jenis produk.....

Serbuk minuman ‘meal replacement’.

Multivitamin gummies untuk kanak-kanak.

Pati buah-buahan.

Minuman jamu kencur.

Minuman teh herba & buah.

Woman with a Glass of Drink Measuring Tape Slimming Slim Figure Health

Dapatkan nasihat pengkelasan produk daripada kami!

Lantik kami kerana kami akan memberikan konsultasi & solusi sebenar bagaimana menguruskan startegi berhubung dengan pihak KKM.


Pengkelasan Produk KKM adalah salah satu jalan penyelesaian utama bagi mereka yang ingin membina legasi bisnes berdasarkan produk kesihatan & makanan tambahan tanpa terjerumus dalam kategori produk sampah.


Kami merupakan satu-satunya konsultan yang tidak kedekut berkongsi tentang selok belok memohon pengkelasan produk KKM dari bermula semakan label, senarai bahan, menyediakan dokumen sokongan sehinggalah jawapan permohonan dari KKM diperolehi.


Klik logo untuk dapatkan info lanjut.